![]() |
Selain dari menggalas tugas menjadi ketua ekspedisi ke Antartika, saya juga memegang dua jawatan penting di UiTM Shah Alam iaitu ketua Kumpulan Kajian Aplikasi Elektromagnetik (Applied Electromagnetic Research Group) dan Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Komunikasi.
Tidak lupa juga, saya merupakan warga pendidik UiTM Shah Alam, saya sedar selaku seorang pendidik saya memainkan peranan penting sebagai wasilah untuk mengubah destini anak bangsa. Oleh itu, saya tidak boleh berputus asa dan menyerah dengan mudah.
Saya sedar dan tidak lupa amanah dan tanggungjawab ini berat, namun saya akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Saya anggap pengorbanan ini sebagai usaha untuk menambah kesedaran rakyat Malaysia ke arah penyelidikan Sains dan Teknologi. Selain itu, di harap dengan penyelidikan seperti ini dapat meningkatkan kompetensi penyelidik Malaysia setaraf penyelidik antarabangsa. Tambahan lagi, usaha ini juga selaras dengan aspirasi Malaysian Education Roadmap (2013-2025) yang mengkehendakkan sistem pengajian tinggi di Malaysia merupakan antara yang terkemuka di dunia serta boleh bersaing dengan ekonomi global.
No comments:
Post a Comment