Tuesday, December 29, 2015

3 Persediaan Penting

            Saya sedia maklum dan mengetahui bahawa secara realitinya  ekspedisi ke Antartika ini bukan sekadar berkelana ke negara orang sambil membuat penyelidikan, tetapi ia lebih dari itu. Para penyelidik EkSMA 2016 berhadapan dengan cabaran suhu sejuk yang extreme dan risiko lokasi kajian yang agak jauh daripada bantuan penyelamat. Ini melibatkan nyawa setiap penyelidik EksMA. Oleh itu, beberapa persedian penting telah dilakukan sebelum kami memulakan ekspedisi ke sana.

                  Kami dikehendaki membuat insurans perjalanan, pemeriksaan kesihatan dan yang agak menyentuh hati kami diminta untuk meninggalkan wasiat kepada Ibu,bapa,isteri dan anak-anak. Pon begitu ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan penyelidikan, saya berharap semoga Allah memudahkan perjalanan ekspedisi EkSMA 2016 ini.




No comments:

Post a Comment