Monday, December 28, 2015

Kursus Akuatik dan Keselamatan Bot di USM

            Pada 17 September 2015 kami telah mengikuti kursus Akuatik  dan Keselamatan Bot Siri 2 di Center of Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia. Persiapan dan persedian  rapi perlu dilakukan. Setiap ahli hendaklah fit dari segi mental dan fizikal sebagai persedian untuk menghadapi apa jua keadaan yang akan berlaku di Antartika.

         Antartika merupakan tempat yang sungguh berbeza dari Malaysia. Baik dari segi pemandangan, haiwan-haiwan yang terdapat di situ dan yang paling perlu dipertimbangkan adalah suhu sejuk melampau. Maka dengan bantuan dari jurulatih profesional, saya dan rakan-rakan penyelidik telah dilatih bagaimana bertindak dengan cepat sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Selain itu, apabila kita bekerja di dalam kumpulan kita hendaklah menjaga keselamatan diri dan juga keselamatan ahli kumpulan yang lain.


Sebelum latihan bermula, kami di beri taklimat oleh jurulatih bertugas (berbaju biru). Beliau merupakan bekas Tentera Laut Diraja Malaysia.

Seterusnya Prof Azizan menunjukkan cara balingan pelampung yang betul bagi menyelamatkan mangsa yang terjatuh di dalam air

Tetapi ketika giliran saya menyelamatkan mangsa......cuba lihat apa yang terjadi...huhuhuhuhu

Andai ditakdirkan kapal layar kami karam atau berlaku sebarang kecemasan, dan ketika itu kita sudah nampak daratan, ini adalah cara-cara berenang yang betul di dalam kumpulan. Cara ini memerlukan kekuatan tangan setiap ahli kumpulan untuk menguak air sehingga sampai ke pesisir.



Manakala, cara ini pula adalah sekiranya ketika berlaku kecemasan kita tidak nampak daratan. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah bersama-sama membentuk satu bulatan.  Untuk menghadapi suhu sejuk melampau, setiap seorang secara bergilir-gilir akan masuk ke dalam bulatan dan orang disekeliling akan berpelukan untuk menaikkan suhu kembali menjadi panas. Pon begitu dengan keadaan suhu purata di bawah sepuluh darjah celsius kaedah ini dianggarkan mampu bertahan selama setengah jam sahaja. Doakan kami berjaya :)

Alhamdulillah setelah sejam berlatih kini kami sudah dibenarkan untuk ke daratan.
Bergambar kenangan dengan jurulatih SEMACS Mr Kumar.

Bergambar kenangan bersama Ybhg Prof Dato' Dr Azizan Bin Hj Abu Samah (dua dari kanan)Beliau merupakan pengarah di National Antarctic Research Centre (NARC), Universiti Malaya dan berpengalaman mengiringi Sultan Terengganu, Tun M dan Datuk Seri Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu) ke Antartik. 


Pada meeting yang terakhir Prof Azizan memberi ucapan dan kata-kata semangat untuk kami meneruskan perjuangan di sana. kata beliau " saya mengagumi semangat berkumpulan yang ada pada setiap ahli dan saya bagi satu tepukan buat anda semua".

Akhir kata,  lelah helaan nafas di medan latihan adalah penyambung nyawa di medan pertarungan. Tidak mudah untuk berputus asa!.

No comments:

Post a Comment