Monday, January 11, 2016

Menguji magnetotester di JepunI


Wireless magnetometer (Wi-Mag) sedang diuji dan dikalibrasi di International Center for Space Weather Science and Education (ICSWSE) Kyushu University, Japan.
Ini adalah Helmholtz Cage, digunakan untuk menguji axis X,Y dan Z magnetometer .
Sedikit taklimat yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Prof Nasir.

Bersama rakan-rakan di Jepun



Doa Selamat dari rakan-rakan Fakulti

Alhamdulillah, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada timbalan-timbalan dekan, rakan-rakan pensyarah dan pelajar-pelajar UiTM yang sudi melapangkan masa,wang dan tenaga membuat satu majlis ringkas dan doa selamat untuk pemergian saya ke Antartika. 

Terima kasih di atas kek yang cantik

Bersama pensyarah,pelajar master dan PhD di bawah selian saya.

Ole-ole untuk di bawa ke Antartika :)




Majlis Solat Hajat & Forum


11 Januari 2016  ISNIN

Alhamdulillah semalam, selepas solat fardhu Maghrib saya berkesempatan untuk menyampaikan forum ringkas bertajuk Misi Saintifik ke Antartika. Terima kasih kepada ahli jawatan kuasa Surau An-Nur kerana menganjurkan program seumpama ini. Diharap dengan forum mini ini, dapat memberi maklumat kepada penonton yang hadir tentang kajian-kajian yang kami akan jalankan di sana kelak. Selain itu, saya berharap forum ini dapat menyuntik semangat kepada anak-anak muda dan para pelajar supaya terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.



Sebelum majlis bermula

Sedang menjawab soalan dari moderator Tn Haji Suryadi

Saturday, January 9, 2016

7 hari lagi ke Antartika

   Rabu, 6 Januari 2016
 Saya dan beberapa orang peserta ekspedisi dijemput hadir ke stesyen televisyen Tv-Alhijrah untuk ditemu ramah berkenaan  Ekspedisi Saintis Malaysia ke Antartika.

Sedikit perbincangan di ruang menunggu


Persedian sebelum bersiaran secara langsung


Ditemu ramah pengacara Assalamualaikum







Persiapan Terakhir Sebelum Berangkat







8 Januari 2015
Persiapan terakhir sebelum bertolak ke Antartika
Semua perlatan telah diuji buat kali terakhir sebelum di bungkus ke dalam beg khas. Beg ini direka cipta khas untuk menyerap tekanan dan hentakan ketika berada di dalam kapal terbang dan kapal layar.
Span khas diletakkan di permukaan bawah beg
Alat perlu disusun dengan betul supaya tidak menolak satu sama lain


Alhamdulillah alat-alat berjaya disusun dengan baik



Pelajar-pelajar master dan PhD yang banyak membantu dalam persedian ke Antartika. Thank you all... Tanpa anda siapalah saya.